(Website) Pendaftaran UPU Secara Online Sesi Mac 2020 & KDB

15 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2020, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kedatangan pelajar SPM dan STPM 2019 (BSH) bagi membuat pendaftaran UPU secara online dan KDB. Kelas ini bertempat di bilik belajar Pusat Internet Semop dari jam 2.00 hingga 4.00 petang. Oleh itu, seramai 5 orang peserta yang datang mengisi pendaftaran UPU secara online pada hari tersebut.

Permohonan UPU adalah permohonan bagi kemasukan ke Universiti Awam, IPTA,Maktab Perguaruan IPG dan insitut pendidikan yang lain. Semua permohonan ini dihimpunkan di bawah satu sistem permohonan yang dipanggil UPU. Ini bagi membolehkan semua data pemohon dapat diurus dengan lebih sistematik.

Selain daripada mengemaskini borang BSH, peserta turut diselitkan sekali Tayangan Video Klik Dengan Bijak (KDB). Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk penggunaan internet secara positif dikalangan. Oleh itu, pihak PI selitkan sekali Taklimat & Tayangan Video KDB yang merupakan inisiatif PI dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menggalakkan pengguna yang bijak di kalangan masyarakat.

Selamat maju jaya buat adik-adik sekalian. Kami dari Pusat Internet Semop sentiasa menyokong impian adik-adik ke peringkat lebih tinggi. Semoga dipermudahkan urusan adik-adik sekalian untuk menyambung pengajian ke tingkatan, 6, universiti awam dan swasta. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali